Emmm..sedar x sedar, dah tak sampai 5 jam jer lagi kita akan meninggalkan tahun 2009..kejap jer kan?? Pejam-celik-pejam-celik dan habis setahun..begitu pantasnya masa berlalu meninggalkan kita..
Bagi diriku, tahun 2009 nie telah meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis dalam lipatan kehidupanku..ujian paling besar dlm tahun nie ialah aku diduga dgn penyakit asma yang agak teruk berbanding sebelum2 nie..tak pernah aku menduga penyakit yang dah 14 tahun meninggalkan aku datang semula menyerang aku pada tahun ini..teringat lagi pada bulan Ogos yg lalu, rutin harianku ialah berulang-alik ke wad kecemasan Hospital Selayang..menyedut gas utk pesakit asma, pernah berulangkali darahku di bahagian nadi diambil bagi memastikan tiada jangkitan kuman di bahagian paru-paruku..sepanjang tempoh itu jugalah aku terpaksa ambil MC dan tak dapat mengahirkan diri ke sekolah bagi melaksanakan tanggungjawabku sbg seorang pendidik..rasa bersalah sering membelenggu diri tatkala memikirkan anak2 murid yg bakal menduduki SPM..namun, aku tak mampu nak menolak takdir dan mengetepikan kebajikan diriku sendiri demi memenuhi kehendak org lain...seksanya asyik berulang-aling ke hospital setiap kali diserang asma..pernah dua kali x-ray dijalankan ke atasku bagi memastikan organ2 di bahagian dada tidak mempunyai masalah..ternyata semuanya normal mengikut kata doktor..kini, aku belumlah pulih sepenuhnya dan masih dalam proses penyembuhan..makan terpaksa berpantang..makanan yg sejuk,berais dan berangin langsung x kusentuh..teringat suatu ketika aku teringin nak makan nasi bersayurkan kangkung goreng belacan..lepas masak n makan, terasa laa nikmatnya dpt makan makanan yg dihajati..mane tau lepas tu badanku berangin semacam jer.. terus lepas dr hari tu sampai ke hari nie aku x berani nak makan kangkung dan sayur2an yg dikenalpasti sejuk dan berangin..Bagiku, inilah kenangan pahit yg ku alami dlm tahun nie namun biarlah aku jadikannya sebagai ingatan bagiku dlm menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini..banyak iktibar yg ku pelajari daripada pengalamanku itu..ternyata,ujian Allah dtg x kira masa..mungkin hari ini kita sihat walafiat,namun siapa menyangka hari esok kita akan sakit..sentiasa kupatrikan pendirian tersebut dlm ingatanku..Insya Allahh..
Kenangan pahit yg seterusnya ialah bila berdepan dgn karenah pelajar2 yang cukup mencabar kesabaran dan keimanan ini..maklumlah,aku hanya insan biasa yg punya hati dan perasaan,punya nafsu amarah dan batas2 kemaafan..justeru, sebagai seorang guru yang selayaknya dihormati..aku rasa amatlah tidak wajar sekiranya seorang pelajar itu bersikap kurang sopan dgn guru yg bertindak mencurahkan ilmu terhadapnya..Semoga pada tahun2 yg akan datang, masalah2 sebegini dapat diminimumkan kerana mustahil ianya akan dapat dielakkan dalam diari hidupku sbg seorang warga pendidik ini..
Pengalaman manis sepanjang 2009 pula ialah mendapat pelajar2 yang sentiasa menghiburkan hati,menyejukkan amarah di hati serta tidak terlalu mencabar mental dan fizikalku ini sebagai seorang guru..aku rasa amat bertuah pada tahun nie kerana nasib menyebelahiku..mana mungkin aku menghadapi pelajar2 yg hyper sifatnya dgn keadaanku yg selalu semput2 ini..
Bagiku,mereka nie cuma sedikit malas dan menganggap tahun 2009 adalah tahun 'honeymoon' bagi mereka..harap2 tahun 2010 mereka akan berazam untuk belajar bersungguh2 demi SPM yg bakal mereka hadapi..
Antara yg manis yang menghiasi tahun ini juga ialah memiliki beberapa org teman2 yang sangat baik hati,sempoi,memahami dan sentiasa mengambil berat..beruntungnya dikelilingi oleh insan2 yang sangat mulia dan ikhlas hatinya..semoga hubungan yg terjalin di antara kita akan terus berkekalan sampai bila2..
Di samping itu, hajat utk memiliki sebuah rumah sendiri juga telah dilaksanakan pada tahun ini..dgn selesainya urusan perbendaharaan maka aku tidak perlu risau2 lagi memikirkan tentang bila dan di mana aku nak beli rumah sendiri? Takkan asyik nak menyewa sanpai ke tua kan??..Insya Allah rumah kami yang sederhana dan bukanlah sebuah rumah mewah itu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2010..Indahnya perasaan bila mengenangkan kami juga bakal memiliki rumah kami sendiri..tempat untuk kami membesarkan anak2 kami malah tempat untuk kami meneruskan kehidupan kami di hari tua..Insya Allahh..
Berita menggembirakan yg seterusnya untuk tahun ini juga ialah apabila mendapat tahu bahawa aku tidak lagi perlu mencarum sebahagian dari wang gajiku ke KWSP..sepatutnya, urusan pemotongan KSWP gajiku ditamatkan pada tahun 2006 kerana pada tahun tersebut aku telah disahkan dlm jawatan tetap, namun atas kelalaian dari pihak2 tertentu pemotongan tersebut diteruskan hinggalah ke pertengahan tahun ini..Alhamdulillahh..terasa lega hati ini tatkala menatap jumlah tunggakan gaji yang didebitkan semula ke dalam akaun gajiku..;p
Terbaru, kami telah menukar kereta yg lama yg kuanggap seperti anak kandungku sendiri kepada MPV yang lebih selesa bagi keperluan kami sekeluarga..Alhamdulillah,berbaloi rasanya memiliki sebuah MPV mampu milik yang sederhana itu..malah, tahun ini juga kami telah merealisasikan impian kami untuk bercuti di beberapa tempat yg diidamkan..Insya Allah,kalau ada rezeki,akan diteruskan lagi siri penjelajahan Cuti2 Malaysia kami sekeluarga..terasa amat bahagia bila dapat bercuti di samping ahli keluarga yang tercinta..
Semoga bitter n sweet tahun nie menjadikan aku lebih tabah dan matang dlm menghadapi cabaran di tahun 2010 yang akan datang..sesungguhnya, pengalaman mendewasakan insan dan insan harulah bijak menentukan pola tindakan..
*
"SELAMAT TINGGAL 2009 & SELAMAT DATANG 2010"..













































































