Wednesday, June 30, 2010

sEKaDar unTuK meLuaHKan raSa....

Dalam minggu nie 2 kali aku attend pre post mortem meeting utk keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun BM Tingkatan 4 n 5..
Utk form 5 meeting pd hari Isnin ritu manakala utk form 4 lepas skolah tadi..
Kiranya mcm rehearsal utk post mortem sebenar sbl berdepan dgn barisan pentadbir nanti laa..
Hmmmm...x tau macam mana nak mulakan yer..??
Okey, mengeluh dulu laa yer..haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Fuhhh!! Lega skit rasa di hati n kepala otak aku yg berserabut nie..
Ok..
Let's talk..
Sebenarnya, timbul rasa x berapa nak puas hati dgn result bebudak baru2 nie..tak kira sama ada form 5 mahupun form 4..nak2 lagi bila mengenangkan bilangan pelajar yg gagal tuh..;-(
Tak tau kat mana silapnya..
Ya, sebagai seorang guru aku tak menuding jari sepenuhnya dan meletakkan kelemahan nie 100% terhadap students..dan x jugak aku menyalahkan diri aku sendiri dgn kekalutan fikiran yg berlaku nie..
Terkadang rasa gerun bila mengenangkan results students yg ku ajar yg kebanyakannya dr kelas sederhana dan pertengahan yg kadangkala keputusannya hampir setaraf dgn result budak kelas kedua n ketiga tercorot !!
Yaa.. Allah..kat mana laa kekurangan aku dan jugak kat manalah kelemahan diorng yg diharapkan dpt dikenalpasti utk cuba diperbaiki hari demi hari demi kebaikan bersama..berikanlah aku petunjuk,semangat dan kekuatan utk terus membimbing dan mendidik anak2 muridku..
Atau..
Adakah dek kerana aku seorang yang terlalu 'kedekut' dan berkira2 sewaktu memberikan markah kpd studentsku sehingga menyebabkan result mereka sedemikian rupa?..
Bagi aku, biarlah mereka mendapat markah yg sebegitu supaya mereka boleh bermuhasabah diri dan kembai bertungkus lumus utk nak mendapatkan keputusan yg lebih baik dr apa yg mereka pernah dapat..ALhamduliilah, bekas2 pelajarku semuanya mampu mencapai result yg lebih baik semasa di SPM berbanding semasa menerima markah dariku..bahkan, ada di antara mereka yg selalu gagal pun mampu lulus bile menghadapi SPM sebenar!
Mgkin benar tanggapan mereka bahawa aku memang seorang guru yg 'kedekut' bab memberikan markah kpd murid2..
Atau mungkin juga selepas2 nie aku terpaksa menggunakan pendekatan yg berbeza sewaktu proses PnP nanti yang akhirnya akan merubah persepsi dan 'kejinakan' pelajar2 yg sudah terbiasa bergurau senda dan bergelak ketawa dgnku?? Sanggupkah aku utk bersedia kehilangan kemesraan yg dah dipupuk selama nie?? Sesungguhnya bukan mudah nak mencipta sesuatu perhubungan..dan bukan susah juga nak meruntuhkan segala2 yg dah dibina selama nie..
Haihhh...dilemma apakah aku ini..??
Apakah jalan yg terbaik perlu aku pilih utk mengatasi kemelut ini?
Semoga Kau berikanlah aku kekuatan dan semangat utk terus mendidik dan menjana idea yg berguna utk anak2 didik yg aku sayangi..guru mana yg tak kasihkan anak2 muridnya..??
Bumi mana yg tak ditimpa hujan dan manusia mana yg tak pernah melakukan kesilapan..??
Yaa Rabb..berikanlah aku kekuatan!

0 comments: