Sunday, July 25, 2010

ruMah aNak yaTim iSLam saBak beRNam : Part 1

Kelmarin Sabtu bersamaan 24 Julai 2010, aku n the gang telah mengikuti Lawatan PSK ke Sabak Bernam dan Sg. Besar...
Kebanyakan yg terlibat adalah students PSK form 4 dan guru2 PSK manakala hanya segelintir sahaja yg takde background PSK iaitu aku sendiri dan beberapa org lagi cikgu subjek lain..
Kalau diikutkan kat sekolah pun ada program iaitu Hari Anugerah Kokurikulum dan beberapa aktiviti lain..tapi terpaksalah guru2 dibahagikan mengikut tugas yang telah ditetapkan..
Aku..??
Mestilah enjoy sebab dapat menjalankan tugas di luar kawasan sekolah dlm situasi yang santai dan enjoy dgn kengkawan dan students..
Kami bertolak dr sekolah ke destinasi pertama iaitu Rumah Anak yatim Islam Sabak Bernam pd pukul 8 pagi dengan 3 buah bas..
Signboard di depan Rumah Anak Yatim Islam Sabak Bernam..
Lama jugak rupanya perjalanan nak sampai ke sini..ingatkan dekat..;p
Naik kematu gak laa bontot! Sampaikan anak dara aku yg pada mulanya excited nak naik bas pun mula merungut boring!
Agenda wajib yg pantang dilepaskan..
Kelihatan empunya blog a.k.a Cikgu Ieda begitu behaved herself dlm berpakaian...
Sangat membawa personaliti sbg seorg pendidik yg sejati dan tidak seperti selalunya!
Mana tidaknya, masa tanya kat GKMP Kemanusiaan ritu boleh x nak pakai jeans..dgn pantas dia x bagi..so,nak x nak kene laa aku selongkar plastik bunjut pakaian mengandung zmn dulu mencari seluar slack dan blouse yg agak proper kekdahnya..
Cari punyer cari jumpa laa blouse nie dgn seluar slack hitam nie dok tersangkut kat belakang pintu!! Sampai bersarang cik labah2 laa sluar nie..basuh laju2 then keringkan..mujur sempat kering kaloo tak alamatnya kene merayau kat Selayang Mall semata2 sebab nak beli seluar slack..semata2 utk ke sini!!;-)
Kami disambut oleh anak2 yatim di sini dan dikumpulkan di dewan makan diorg utk mendengar penerangan dr pengetua dan ustaz di sini berkaitan sejarah penubuhan Rumah Anak Yatim nie dan bilangan penghuni di sini..
Sebak dan sayu bile dpt tau diorg nie ada yg yatim dan ada juga yang yatim piatu..;-(
yg berbaju purple nie students IH..tengah khusyuk dgr ucapan dr pengetua kat sini..

Dengar jangan x dengar !!

Penyampaian sumbangan ikhlas yg tak seberapa dr warga Idealians yg disampaikan oleh KP PSK Pn Zarinah kepada Pengetua kat sini..


Anak2 yatim khusyuk menyaksikan persembahan Dikir Barat I Malaysia dr x Citrawarna
Ideal Heights

Bergambar kenangan dgn penghuni dr kaum hawa

Giliran kaum Adam pula mengambil giliran..


Sementara tunggu bas sampai ambik kitorg ke destinasi yg seterusnya, masa diisi dgn aktiviti melayan anak dara yg seorang sambil bergambar

Tyea dgn Odah yg disangkanya Mak Ngah Oyanya..;p


Sesi bersuai kenal dan bersalam2an sebelum balik..



Turn cikgu2nya pulak..
Nantikan part 2..masih dgn kisah xtvt rombongan kami di Rumah Anak Yatim Islam ini..

0 comments: